Monday, January 21, 2013

*Ini Lebih kepada AKU*

Assalamualaikum !
Kali ni aku betul-betul cuba sedaya upaya mencuri masa. Masa yang sepatutnya aku spent time dengan anak dan suami di malam hari. Hanya kerana semata-mata nak update blog. Untuk pengetahuan korang, ini blog aku yang ke 5, hebat kan bunyi mcm banyak tapi ...semua ku closed sebab aku rasa mcm fake. Macam bukan diri aku yang sebenar. Budget aku pun nak kena ada blog bagai sebab semua orang mcm ada je... especially minat aku memang membaca, ketagih baca blog orang. Padahal aku sendiri pun boleh menulis, even not a good one, but at least for a start, tak salah kan aku cuba.

Dan untuk sekian kalinya, aku paksa diri untuk re-do new blog yang lebih kepada diri aku, tentang aku dan orang di sekeliling aku. Suka duka aku, sakit pening aku, susah senang aku, serta perasaan dan pendapat aku. More to general writing, perhaps a bit emotionally feeling atau ntah-apa-apa perasaan yang akan wujud pada tahun 2013 ini.

Aku...aku kadang-kadang ada perasaan atau pun perasan bila something happen atau across minda aku, rasa mcm nak luahkan segala pendapat pro's and con's akan perkara yang berlaku tu dalam blog aku. Tapi perasaan hanya tinggal perasan, dimana selepas itu aku mcm lupa sebab aku mcm takde masa. Pelik kan...aku takde masa nak tulis blog.hahahhahah budget aku macam busy je kat office atau kat rumah. Padahal melentang baring mcm ikan paus kat rumah, dan goyang kaki kat office bila takde kerja. Tu pun aku cakap aku takde masa. Oohhh aku walaupun dapat A dalam subject time management waktu di Uitm dulu, tapi nampak sangat aku tak implement kan apa yg aku belajar dulu. Kesian kan...kesian pada aku yang blur ni, kesian lagi pada prof aku yang duk ajar aku ... Tapi itu dulu... kini aku mesti berusaha mencari masa terluang. Dalam kata erti lain, aku kena pandai cari masa. 

Ok, time aku spent masa aku yang bernilai ni...cukup sampai sini dulu, aku perlu melayan puteri comel aku dulu. Kasihan dia...main masak-masak sorang-sorang.

Till Then,
Masa Percuma.   





No comments:

Post a Comment