Sunday, January 27, 2013

Runtun Jiwa



Assalamualaikum !
Aku malas nak buang masa nak say hello..hola…straight to the point, write up kali aku kali ini, aku nak bercerita tentang suami yang sangat-sangat aku kasihi. Aku nama kan dia sebagai Mat Ki sahaja, aku tak nak korang semua tahu nama penuh dia, nanti terlebih popular dari aku. Popular ke aku? Blog pun suam suam kukukakiku…. Hahahahah ada aku kisah !!!!!








Aku dengan Mat Ki, kenal tak lama around 7 May 2008 kami jumpa, berkenalan dan jatuh hati pada dia dan October 2008 the same year kami nikah. So, here we are… Mat ki orang yang pemalu, pendiam dan lebih kepada family man, dia lahir tahun 1976, so happen kami Februarians, rumah tangga kami biasa-biasa sahaja, diserikan dengan cahaya mata cik Alya sofea, arwah mak aku panggil sopiah…hahahah she’s is so beautiful, alhamdulilah. Usia perkahwinan kami dah 5 tahun, so korang pepandai lah kira umur sofea.

Beza umur aku dgn Mat ki, 4 tahun, so dia lebih tua dari aku lah, tapi badan kurus benor, aku yang gemuk ni, pemalas nak jaga badan, dan tak reti control nafsu serakah aku terhadap makanan oooohhh.. heaven! Baka Mat ki pun kurus dan halus… hahahah suka je aku comment kan…beza dgn family aku semua nya sasa the don. Badan kami adik beradik mmg gemuk dan tinggi, Mungkin penulisan aku agak bercampur baur dgn gaya penceritaan yang tidak berapa teratur, ye aku sedar, tapi aku tak pedulik, dalam hati aku ni, sungguh laju ingin story pasal suami tersayang.

Mat Ki dengan aku, bagai langit dengan bumi, dia sangat penyabar,solat tak pernah tinggal, tu belum campur dgn solat-solat sunat dia, berbudi bahasa dan sangat sopan orang nya, aku pulak sangat opposite dgn dia, aku agak kasar, selamber,cakap lepas, mulut laser dan kadang2 buat orang yang disekeliling aku menyampah dgn aku. But who knows, bila kita duduk sebumbung dgn orang yang boleh dikira alim, penyabar, sedikit sebanyak, mengubah perangai dan sikap aku.

Suami aku ni, dia penyayang dan sangat caring, tapi bila jiwa dah rock, dia tak berapa suka show  his soft side tu aku admit, dia lebih kepada diam dan tunjuk cara berkasih sayang, dengan cara yang lain. Aku mmg kagum dgn dia sebenarnya, dia tak pernah fikir pasal diri dia, kalau dapat gaji pun, dia hanya fikir pasal  anak dan aku sahaja. Contoh 1) kalau dapat gaji, dia akan spent dan belikan segala keperluan anak, dan bagi duit belanja pada aku, monthly fixed expenses dia akan pass kat aku siap2. 2) Setiap bulan pasti Tanya aku, “yang.. awak nak baju?? Nak seluar??? Nak makan kat mana?? Nak makan sedapr2 tak? Nak pi restaurant mahal-mahal tak?? “3) selalu dahulukan aku, sampai aku pun naik segan. Even, last year tak Nampak pun dia beli baju untuk diri sendiri. Asyik baju aku, dan cik sofea je. Dia langsung tak ganti baju kerja atau pun baju jalan. Baju jalan pun.. dia beli kat bundle je. Sedih kan…baju anak beli mahal-mahal, padahal cik sofea bukan tau pun.. dia budak lagi.. kejap-kejap dah kotor, mcm aku sendiri pun…sibuk nak bini dia melawa, padahal aku bukan pandai pun nak dressing, dulu waktu muda lainlah…

Tu yang aku dedicate write up ni utk dia, aku bersyukur sangat-sangat, kerana dipertemukan dgn orang yang baik, cukup sempurna di hati aku. Aku gemuk, hitam, tak cantik.. tapi dia tetap baik dgn aku, semoga allah bantu aku, untuk pertahankan perkahwinan aku ini. Aku sayangkan dia, sayang sangat-sangat.

No comments:

Post a Comment