Tuesday, March 19, 2013

Apa ni......????



Assalamualaikum !

Hari ni, buat sekian kalinya, aku tak ada kerja…. longing for nothing, just fill in attendance. Cukup masa balik. Suasana kat office tenang, tiada suara-suara yang membuat aku rasa pening di pagi hari, sudah beberapa minggu aku suffered damage dipagi hari. Sound disturbance yang boleh buat aku pecah kepala. Seriously aku sangat impress  dgn damage yang aku alami, sebab sepanjang aku menceburkan diri di alam pekerjaan ni, aku tak pernah jumpa manusia yang hobbynya  bercakap 247 hours non stop. Orang jenis mcm ni kalau allah swt jadikan kita semua tidur bercakap pun dia champion. Bingit dan sakit kepala hotak aku ni. Rasa mcm nak sound, ku sabarkan hati, sebabkan hak asasi manusia yang kita boleh bercakap ikut suka hati mak bapak kitalah.. aku diamkan diri. Kalau ikut hati kang…binasa aku.. aku tak nak malukan dirikan aku dgn bergaduh mulut dgn orang yang tahap pendidikannya very low. Not even worth for a single penny.

Ok! Back to niat  aku nak menulis pagi ni , mula sekali aku nak story, DRB hicom offer aku kerja dengan diaorang sekali lagi, mcm mana ni ye… aku bukan tak nak terima offer tu, gaji yang diaorang offer pun lagi tinggi, tapi aku stuck kat sini…kat dalam fikiran aku ni…. Kat sana sure aku akan busy, aku tak kisah pasal busy.. busy mcm mana sekali pun, aku nak kena ada time for ME..maksud aku..aku ada anak dan suami. Mat ki mmg tak pernah kisah kalau aku cakap aku tak dapat cuti, tapi bila kat sana nanti.. no longer end of year jalan-jalan balik kampong or bercuti, mat ki punya style, kalau bercuti harus..wajib..balik kampong dia ataupun bercuti di penang his favourite spot and beaches. Aku mmg kena amik cuti 1 minggu nak spent dgn dia dan sofea, kalau aku tak follow, dia baik kampong sorang..dan tinggallah aku dgn sofea kat rumah, lagi aku sedih sebab aku tak akan dapat follow dia. Tuntutan kerja kat DRB for sure akan sangat pack, balik lewat, dah balik lewat, mcm mana dgn makan minum sofea dan mat ki, makin terbiar…aku  dalam dilemma, nak kejar gaji banyak ke.. ataupun…nak stay gaji sikit, but relax dan tak perlu rushing buat kerja, nak cuti ikut suka hati, nak pi bercuti pun ikut suka hati.

Tapi aku kat sini struggle sikit, sebab kat sini.. aku jadi nobody…talent aku untuk buat kerja tak dipandang oleh sesiapa, kerja dgn cina, they prefer only their clan sahaja yang cover kerja mereka, melayu ni tidak akan dipandang.. buat kerja simple-simple, mudah atau lebih tepat jadi tak penting dan buat kerja pembersihan sampah mereka. Tapi berbeza di DRB, aku di jadikan orang yang penting dalam department. Macam tempat lama aku, kilang roti dulu, aku jadi one and only malay yang berada sebaris dengan top management. Buat kerja yang tip top, dan hasil kerja aku sering mendapat credit dari big bos, even dato’ pun kenal dan baik dgn aku. Aku kahwin pun siap dapat wedding card dan angpau tip top dari dato’. General manager aku siap bagi duit beratus-ratus, atau lebih tepat sekali they appreciated my hardwork.

But, aku bukan nak cerita betapa hebat aku disanjung kat office lama, betapa takutnya staff yang lain-lain pada aku. Cuma di sana, mmg tiada bias, they treat us equally, whether ko bangsa india ke, melayu ke, cina ke..bos kat sana layan ko sama je. Tak lebih tak kurang. Kalau ko rajin kerja lagi lah ko menjadi kesayangan bos. Macam aku lah kan… hahahah. Tapi itu semua cerita dahulu…tahun lepas…dan 7 bulan yang lepas..aku tak tau mana silap big bos aku… mungkin terlalu taksub dgn harta dunia ni..maka manipulation pun berlaku, patutlah seminggu sebelum waktu kejadian kelam kabut berlaku, aku tgk big bos semua kelam kabut bagai nak rak duk arrange itu ini. Aku mana amik port bahagian finance, aku mmg tak campur. Masuk je office, semua orang kecoh dato kena tangkap lah, dato lari lah..merata board of director ulang alik, bincang pasal benda ni, every mess come out and aku rasa, aku jadi manusia yang kelam kabut, sebab aku rasa kat office tu semua orang kanan big bos yang so happen is ca ya nun aliff tiba-tiba MC lah, emergency leave lah, dan dan amik annual leave lah.. mcm –macam, dan aku orang kanan bos aku, terpaksa menghadap pelbagai soalan dari pelbagai jenis pihak, dan yang paling horror dari security of commissioner yang di appoint oleh bursa saham amik semua segala jenis dokumen sebagai bahan bukti. Aku menjadi manusia yang busy kehulu hilir, semua bos aku menghadap, semua account company kena freeze, supplier mengamuk nak payment, kena hold barang, tu belum plus minus sales yang rugi lagi… haru betul waktu tu, kebetulan aku nak beli umah, tengok kwsp rupanya dah berbulan-bulan tak bayar, hampa belaka, mungkin tu yang menguatkan aku lagi untuk cari kerja baru.










Majlis Pertunangan Si Bongsu



Assalamualaikum !

Monday aka back to work women!!! Hari ni, semua orang dah masuk kerja macam biasa. Cuti-cuti Malaysia is over women… sedap sikit guna bahasa inggeris ni, sebab kalau guna bahasa melayu… pompuan..pompuan…hahahahah. Cuti panjang is over, now kerja lah u all ok, sepanjang cuti ni kami tak kemana-mana pun, kebetulan adik bongsu aku yang no seploh tu tunang, kami duk sibuk dengan acara majlis tunang dia. Aku tak lah bz sangat dibandingkan dengan adik beradik aku yang lain, sebab aku duk umah lain, depa duk umah mak, kenduri kendara mmg buat kat situ, so diaorang lah yang sibuk buat kerja,kemas rumah dan layan sedara mara yang lain. Aku hanya make sure segala yang dirancang berjalan lancar.

Despite all the kelam kabut, dan nervous bagai…ye arrr.. aku dah lah yatim piatu, mak abah takde, nak ensure majlis berjalan dengan sempurna agak mencabar, sebab first time buat majlis yang besar ni tanpa mak abah, nasib baik ada adik beradik 9 orang tak termasuk empunya diri yang tunang tu. Kami yang besar-besar( okeh mmg kami berbadan besar seiring dengan umur kami yang meningkat naik) saling bantu-membantu untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulilah..semua berjalan lancar, sentap ,nangis, gaduh, cakap belakang itu semua sudah sebati dgn kami 10 beradik, perang mulut dan sebagainya, semua itu kami akan lupakan. Air kan..cincang mcm mana pun..tak akan putus.. dek kerana kami bukan air, kadang2 akibat ego dan hati batu, putus gak. But so far..everything ok. Kalau tak ok tu..lantak lah.. yang penting aku ok.

Adik aku yang bongsu ni, dia punya citarasa yang agak tinggi berbanding kami kakak-kakak dia yang dah kahwin ni, kalau dulu, kami guna baju pun sewa, dia nak tempah ikut citarasa dia sendiri, nak ikut kaler feveret dia, nak ikut potongan dia ..(sebab dia pun dah gemuk hahahahah)..kalau boleh khemah pun kena ikut tema baju dia, so happen khemah dia larik tema sikit, tu pun dan muncung, aku buat dek je.. walaupun aku yang arrange khemah tu. Hehehehe. Ye lah.. bukan aku nak spoil dia , Cuma waktu aku booked khemah, orang tu kata dia ada hijau turquoise, so aku cepat2 confim, manalah aku boleh control pemahaman kaler orang lain, kalau orang tu kata dia ada hijau turquoise, aku expect, dia tau apa yang aku maksudkan dengan hijau turquoise, so by the time khemah dipasang, aku agak terkujat sebab yang dia bawak adalah blue turquoise. Aku tengok muka adik aku dah muncung…nak buat mcm mana.. ni       semua kes orang salah faham.. nak hijau di bagi blue.. mungkin dia ingat belakang ada turquoise pun jadik.

Habis cerita pasal khemah, perkara yang paling aku risau adalah bab makan, sekali lagi aku yang  kena incharge bab makan ni, waktu aku suh adik aku list guest name, dia kira tetamu hanya 60 over, siap sound aku, cakap..cah..ko kurangkanlah jumlah pax untuk catering.. buat 60pax je. Aku cakap tak payahlah.. ada lebih kita makan atau bagi adik beradik dan sedara mara bawak balik. So happen angah aku yang volunteer nak jemput semua sedara mara dekat kami, aku tak sangka dia jemput seluruh kampong teluk gadung, aku ingat dia jemput sedara mara rapat je, rupanya..waktu dia dengan uda pi jemput, SEMUA sedara mara mak aku dia jemput. Punyalah ramai…dah lah aku cater untuk 100 pax, takde back up makanan pulak tu..haru..haru..aku ingat tetamu lebih 150 pax termasuk pihak lelaki yang dalam 40 ke 50 orang….haru kan??? Hahahhah

Bila jadi mcm ni, aku terus masuk dalam umah, menyorok aka duduk belakang pelamn adik aku, aku dengar uda aku duk sebut – sebut nama aku, mencari aku lah tu, aku tau, dia nak Tanya aku kenapa makanan tak cukup, aku buat dek..aku cakap mmg makanan dah abis, kita habiskan apa yang ada. Biarlah abis dari membazir, ni pengajaran ni….lepas ni kalau ada adik beradik aku yang lagi dua orang tu nak tunang atau kahwin, aku ingat nak rewang je…dah serik dah aku nak cater ni.. upah je lah pelayan..abis cerita. Heheheheh… dugaan ni semua aku amik sebagai pengajaran yang amat berguna, sekarang baru aku rasa apa yang mak aku rasa dulu. Sedih mode mula menguasai diri. Dah ..dah.. abis  dah aku bebel kat sini, kang kalau aku sedih kang..mcm mana….