Assalamualaikum !
Hari ni, buat
sekian kalinya, aku tak ada kerja…. longing for nothing, just fill in
attendance. Cukup masa balik. Suasana kat office tenang, tiada suara-suara yang
membuat aku rasa pening di pagi hari, sudah beberapa minggu aku suffered damage
dipagi hari. Sound disturbance yang boleh buat aku pecah kepala. Seriously aku
sangat impress dgn damage yang aku
alami, sebab sepanjang aku menceburkan diri di alam pekerjaan ni, aku tak
pernah jumpa manusia yang hobbynya bercakap
247 hours non stop. Orang jenis mcm ni kalau allah swt jadikan kita semua tidur
bercakap pun dia champion. Bingit dan sakit kepala hotak aku ni. Rasa mcm nak
sound, ku sabarkan hati, sebabkan hak asasi manusia yang kita boleh bercakap
ikut suka hati mak bapak kitalah.. aku diamkan diri. Kalau ikut hati
kang…binasa aku.. aku tak nak malukan dirikan aku dgn bergaduh mulut dgn orang
yang tahap pendidikannya very low. Not even worth for a single penny.
Ok! Back to niat
aku nak menulis pagi ni , mula sekali
aku nak story, DRB hicom offer aku kerja dengan diaorang sekali lagi, mcm mana
ni ye… aku bukan tak nak terima offer tu, gaji yang diaorang offer pun lagi
tinggi, tapi aku stuck kat sini…kat dalam fikiran aku ni…. Kat sana sure aku
akan busy, aku tak kisah pasal busy.. busy mcm mana sekali pun, aku nak kena
ada time for ME..maksud aku..aku ada anak dan suami. Mat ki mmg tak pernah
kisah kalau aku cakap aku tak dapat cuti, tapi bila kat sana nanti.. no longer
end of year jalan-jalan balik kampong or bercuti, mat ki punya style, kalau
bercuti harus..wajib..balik kampong dia ataupun bercuti di penang his favourite
spot and beaches. Aku mmg kena amik cuti 1 minggu nak spent dgn dia dan sofea,
kalau aku tak follow, dia baik kampong sorang..dan tinggallah aku dgn sofea kat
rumah, lagi aku sedih sebab aku tak akan dapat follow dia. Tuntutan kerja kat
DRB for sure akan sangat pack, balik lewat, dah balik lewat, mcm mana dgn makan
minum sofea dan mat ki, makin terbiar…aku dalam dilemma, nak kejar gaji banyak ke..
ataupun…nak stay gaji sikit, but relax dan tak perlu rushing buat kerja, nak
cuti ikut suka hati, nak pi bercuti pun ikut suka hati.
Tapi aku kat
sini struggle sikit, sebab kat sini.. aku jadi nobody…talent aku untuk buat
kerja tak dipandang oleh sesiapa, kerja dgn cina, they prefer only their clan
sahaja yang cover kerja mereka, melayu ni tidak akan dipandang.. buat kerja
simple-simple, mudah atau lebih tepat jadi tak penting dan buat kerja
pembersihan sampah mereka. Tapi berbeza di DRB, aku di jadikan orang yang penting
dalam department. Macam tempat lama aku, kilang roti dulu, aku jadi one and
only malay yang berada sebaris dengan top management. Buat kerja yang tip top,
dan hasil kerja aku sering mendapat credit dari big bos, even dato’ pun kenal
dan baik dgn aku. Aku kahwin pun siap dapat wedding card dan angpau tip top
dari dato’. General manager aku siap bagi duit beratus-ratus, atau lebih tepat
sekali they appreciated my hardwork.
But, aku bukan
nak cerita betapa hebat aku disanjung kat office lama, betapa takutnya staff
yang lain-lain pada aku. Cuma di sana, mmg tiada bias, they treat us equally,
whether ko bangsa india ke, melayu ke, cina ke..bos kat sana layan ko sama je.
Tak lebih tak kurang. Kalau ko rajin kerja lagi lah ko menjadi kesayangan bos.
Macam aku lah kan… hahahah. Tapi itu semua cerita dahulu…tahun lepas…dan 7
bulan yang lepas..aku tak tau mana silap big bos aku… mungkin terlalu taksub
dgn harta dunia ni..maka manipulation pun berlaku, patutlah seminggu sebelum
waktu kejadian kelam kabut berlaku, aku tgk big bos semua kelam kabut bagai nak
rak duk arrange itu ini. Aku mana amik port bahagian finance, aku mmg tak
campur. Masuk je office, semua orang kecoh dato kena tangkap lah, dato lari
lah..merata board of director ulang alik, bincang pasal benda ni, every mess
come out and aku rasa, aku jadi manusia yang kelam kabut, sebab aku rasa kat
office tu semua orang kanan big bos yang so happen is ca ya nun aliff tiba-tiba
MC lah, emergency leave lah, dan dan amik annual leave lah.. mcm –macam, dan
aku orang kanan bos aku, terpaksa menghadap pelbagai soalan dari pelbagai jenis
pihak, dan yang paling horror dari security of commissioner yang di appoint
oleh bursa saham amik semua segala jenis dokumen sebagai bahan bukti. Aku
menjadi manusia yang busy kehulu hilir, semua bos aku menghadap, semua account
company kena freeze, supplier mengamuk nak payment, kena hold barang, tu belum
plus minus sales yang rugi lagi… haru betul waktu tu, kebetulan aku nak beli
umah, tengok kwsp rupanya dah berbulan-bulan tak bayar, hampa belaka, mungkin
tu yang menguatkan aku lagi untuk cari kerja baru.
No comments:
Post a Comment