Sunday, January 27, 2013

Runtun Jiwa - 2



Assalamualaikum !
Ha.. Kali ni aku nak story pasal runtun hati aku yang ke 2, dia adalah tak lain tak bukan… CIK ALYA SOFEA yang bermaksud = ketinggian Menawan . Cik sofea dilahirkan di PPUM pada tanggal 23 September 2009. Around 9.30 pm alhamdulilah, Cik sofea selamat dilahirkan dimuka bumi allah swt. Awal 2 minggu from the actual date, maybe she’s excited to live with mummy and abah. This lil precious, sangat keletah, my 1st trimester is seriously very challenging due to the morning sickness. Seawal kewujudan cik sofea dalam perut aku lagi kami dah start calling her with sofea…sofea.. mat Ki yang pilih sofea, aku pilih alya so bergabung menjadi ketinggian yang menawan, indeed she is adorable. Anak yang sangat prihatin even baru berumur 3 tahun 4 bulan. 

Contoh : Biasalah aku ni walaupun berbody besar, hati aku halus..mudah tersentuh, cepat merajuk dan kenkadang menangis. Pernah one day, bila sofea tengok aku menangis, dia akan peluk aku, dan akan usap belakang sambil cakap, mummy kenapa mummy?? Sape buat mummy, cepat dia sambar sapu tangan dia lap air mata aku, mummy jangan sedih ye..nanti sofea pok abah. Pok ni bahasa ibunda mat ki, pok = pukul, bukan pork Hokey.. Chhhooiiiiiii. Touching tak??? Yes, sofea sudah fasih bercakap, takde pelat-pelat, alhamdulilah….aku bersyukur dianugerahkan anak sebijak dia. Walaupun dia masih belum differentiate any alphabet ABC, and 12 3, aku bangga dgn dia. Sebab kuasa ingatan dia mmg power.

So far, dia boleh hafal, segala ABC 123, Alif Ba Ta, surah al-fatihah, selawat syifa’ dan selawat atas nabi saw, semua dia hafal, lagu adele dan taylor swift tu…bukan main suka dia … tu belum lagi money..money..money… oleh jessi J, umur 2 thn dia start hafal, kejung aku dgn mat ki, terus  kami delete video music tu dalam ipad list dia, takut balik alor star dia duk nyanyi depan tok tehhh dan tok nek dia.. habis reputasi abah dia…  hahhahhaah suka je aku kan ….Walaupun begitu, aku tak putus doa pada allah swt, supaya CIk sofea sentiasa di lindungi allah swt, dipermudahkan perjalanan hidup sofea, di kelilingi oleh malaikat dan di jauhkan dari segala keburukan binatang-binatang yang berbisa dan segala macam perangai manusia yg jahat.
FYI, perjalanan hidup aku sangat susah….aku strungle untuk hidup senang, dari education sampai lah ke bidang kerja. Aku sangat susah pada mulanya, dan adakalanya aku menitiskan air mata sendu dengan kepayahan yang aku alami. Aku kadang-kadang setiap masa bercakap dalam hati dan berdoa supaya allah permudahkan perjalanan hidup aku setiap hari. Apa yang aku lalui sekarang sahaja agak sukar, sebab itu aku akan sentiasa berdoa untuk sofea, supaya perjalanan sofea lebih terjamin dan teratur dari apa yang aku lalui sekarang. Amin…  amin.. amin ya rabb….

To my dearie sofea, kalau one day, sofea manage baca blog mummy, I just want u to know, mummy love you … mummy love u …mummy love u.. sayang mummy pada sofea, tidak terluah dgn kata2… how I love u … Sofea lah jiwa, sofealah nyawa, sofealah penyeri hidup mummy.. mummy mohon pada allah, supaya mummy dapat jaga sofea..sampailah sofea kahwin nanti… lepas tu kalau allah nak amik nyawa mummy pun.. mummy tak kisah…yang penting.. sofea dah ada penjaga…semoga allah swt..perkenankan doa mummy… panjangkan umur mummy, abah dan sofea…mummy nak lihat sofea Berjaya dunia dan akhirat. Jadi anak yang solehah ye sayang...mummy and abah love you so much...that u cant even tell....Maybe one day, mummy marah sofea,tegur sofea, or even abah buat curfew for sofea's maybe due to several reason, please dont get mad...mummy will protect you for what ever reason might come...

Runtun Jiwa



Assalamualaikum !
Aku malas nak buang masa nak say hello..hola…straight to the point, write up kali aku kali ini, aku nak bercerita tentang suami yang sangat-sangat aku kasihi. Aku nama kan dia sebagai Mat Ki sahaja, aku tak nak korang semua tahu nama penuh dia, nanti terlebih popular dari aku. Popular ke aku? Blog pun suam suam kukukakiku…. Hahahahah ada aku kisah !!!!!








Aku dengan Mat Ki, kenal tak lama around 7 May 2008 kami jumpa, berkenalan dan jatuh hati pada dia dan October 2008 the same year kami nikah. So, here we are… Mat ki orang yang pemalu, pendiam dan lebih kepada family man, dia lahir tahun 1976, so happen kami Februarians, rumah tangga kami biasa-biasa sahaja, diserikan dengan cahaya mata cik Alya sofea, arwah mak aku panggil sopiah…hahahah she’s is so beautiful, alhamdulilah. Usia perkahwinan kami dah 5 tahun, so korang pepandai lah kira umur sofea.

Beza umur aku dgn Mat ki, 4 tahun, so dia lebih tua dari aku lah, tapi badan kurus benor, aku yang gemuk ni, pemalas nak jaga badan, dan tak reti control nafsu serakah aku terhadap makanan oooohhh.. heaven! Baka Mat ki pun kurus dan halus… hahahah suka je aku comment kan…beza dgn family aku semua nya sasa the don. Badan kami adik beradik mmg gemuk dan tinggi, Mungkin penulisan aku agak bercampur baur dgn gaya penceritaan yang tidak berapa teratur, ye aku sedar, tapi aku tak pedulik, dalam hati aku ni, sungguh laju ingin story pasal suami tersayang.

Mat Ki dengan aku, bagai langit dengan bumi, dia sangat penyabar,solat tak pernah tinggal, tu belum campur dgn solat-solat sunat dia, berbudi bahasa dan sangat sopan orang nya, aku pulak sangat opposite dgn dia, aku agak kasar, selamber,cakap lepas, mulut laser dan kadang2 buat orang yang disekeliling aku menyampah dgn aku. But who knows, bila kita duduk sebumbung dgn orang yang boleh dikira alim, penyabar, sedikit sebanyak, mengubah perangai dan sikap aku.

Suami aku ni, dia penyayang dan sangat caring, tapi bila jiwa dah rock, dia tak berapa suka show  his soft side tu aku admit, dia lebih kepada diam dan tunjuk cara berkasih sayang, dengan cara yang lain. Aku mmg kagum dgn dia sebenarnya, dia tak pernah fikir pasal diri dia, kalau dapat gaji pun, dia hanya fikir pasal  anak dan aku sahaja. Contoh 1) kalau dapat gaji, dia akan spent dan belikan segala keperluan anak, dan bagi duit belanja pada aku, monthly fixed expenses dia akan pass kat aku siap2. 2) Setiap bulan pasti Tanya aku, “yang.. awak nak baju?? Nak seluar??? Nak makan kat mana?? Nak makan sedapr2 tak? Nak pi restaurant mahal-mahal tak?? “3) selalu dahulukan aku, sampai aku pun naik segan. Even, last year tak Nampak pun dia beli baju untuk diri sendiri. Asyik baju aku, dan cik sofea je. Dia langsung tak ganti baju kerja atau pun baju jalan. Baju jalan pun.. dia beli kat bundle je. Sedih kan…baju anak beli mahal-mahal, padahal cik sofea bukan tau pun.. dia budak lagi.. kejap-kejap dah kotor, mcm aku sendiri pun…sibuk nak bini dia melawa, padahal aku bukan pandai pun nak dressing, dulu waktu muda lainlah…

Tu yang aku dedicate write up ni utk dia, aku bersyukur sangat-sangat, kerana dipertemukan dgn orang yang baik, cukup sempurna di hati aku. Aku gemuk, hitam, tak cantik.. tapi dia tetap baik dgn aku, semoga allah bantu aku, untuk pertahankan perkahwinan aku ini. Aku sayangkan dia, sayang sangat-sangat.

Tuesday, January 22, 2013

Assalamualaikum !
 
Oh...We are still in January 2013, merely forgot that i haven't wish happy new year except in my intsa(am addicted to it)Happy New Year !!!!! tapi bagi aku, new year tak berapa best, sebab sejak dua tahun yang lalu, baru aku sedar bahawa aku ni ada resdung rupanya, semuanya bermula dua tahun lepas, dimana aku dapat first attack flu, fever, cough yang sangat teruk sampai aku yang besar panjang ni kena jab. Tak cukup dgn jab, aku yang tak suka ubat, aku paksa diri aku makan ubat. Beraneka ubat aku telan, walaupun aku terpaksa, aku terpaksa kuatkan mental aku ni.Macam terer kan...
 
Mula-mula dulu, aku ingat normal flu, aku telan gak berkoyan ubat selsema, sampai doctor advice suh aku admitted hospital sebab kena masuk antibiotic drip. Waktu tu aku terpaksa postpone sebab aku masih menyusu badan, agak payah aku nak berkampung kat hospital dgn anak yg masih menyusu badan. Aku cuba pergi klinik lain, klinik Dr. Hajar kat section 18, my last resort waktu tu, aku explain the simpton, the pain, the inconvenience ways of life aku terpaksa hadapi dengn suara affected. Habis hilang suara merdu aku ni, sebab blockage kat hidung waktu tu, sangat annoy. 
 
Waktu sessi consultant, Doc ada cakap, the is no cure of sinus or selsema, atau lebih jelas, setiap kali kita kena selsema, kita akan makan ubat selsema, mcm aku lah kan... aku tak pernah amik antibiotik, sebab aku mmg pemalas tahahap gaban nak telan ubat, kiranya telan ubat sebijik, dah kira suksessssss bagi diri aku. dua biji???? sighhh!!!!..minta ampun.. so bila doc cakap mcm tu, and feed aku dgn ubat antibiotic dia, baru rasa relief dan bernsur pulih.
Korang imagine ye... korang tgk gambar kat atas, red area tu lah part kat muka aku yang tak selesa, gatal dan mucus aku asyik meleleh je. ( geli tak?? hahahah) sebab sebab sinus tak lain tak bukan, sebab aku tak pantang makan, aku telan semua seafood, sebab aku tka gemar ayam dan tak pernah makan daging. Aku hanya makan udang, sotong,ikan, dan lala, sebab tu mmg semua nya favorite aku. Dan dek kerana suka makan seafood, aku kena bahana yang agak teruk, sinus yang agak kritikal, ubat selsema biasa,mmg tak jalan dgn aku, aku perlu ubat tambahan iaitu antibioitk.
 
Now, FYI, mmg aku terkena lagi, dek kerana makan kerang non-stop, aku kena sinus sekali lagi, buat tahun ketiga..pppuuuiiii. geram plak dibuatnya...tapi nak geram pada sape?? aku lah mongonk..hahahah sape suh telan semua seafood.
 
Hah!!! hidung aku yg kemek ni jadi bukti...hahah mmg kemek pun dari dulu, saja nak post gambar separuh ni, takut karang glamer plak...hahahah perasan tak??? AAK. dikala aku took this photos hidung mmg tak boleh blah... menderita aku dibuatnya. Sabar jelah..lepas ni..aku kena beringat..tu pun kalau aku ingatlah....or..kalau aku ada masa nak ingat...what de heck kan.. ayat mmg menyampah.. mcm busy sangat..
 
Ok kawan-kawan, aku nak out dah ni, nak layan anak aku yg duk main sorang-sorang, abah dia mcm biasalah sokmo sibuk dgn kerja sekolah. Dek kerana aku superwoman, aku sempat curi masa.untuk layan dia buat hand craft, punya excited 1st time aku ajar dia gunting kertas. hahahahah.... ok ek... aku stop kat sini. Korang jaga kesihatan..jaga makan (abaikan lelemak kat area dagu aku yg tak berapa nak runcing tu) AAK.
 
Buybye !!!
Si pencuri Masa !   

Monday, January 21, 2013

*Ini Lebih kepada AKU*

Assalamualaikum !
Kali ni aku betul-betul cuba sedaya upaya mencuri masa. Masa yang sepatutnya aku spent time dengan anak dan suami di malam hari. Hanya kerana semata-mata nak update blog. Untuk pengetahuan korang, ini blog aku yang ke 5, hebat kan bunyi mcm banyak tapi ...semua ku closed sebab aku rasa mcm fake. Macam bukan diri aku yang sebenar. Budget aku pun nak kena ada blog bagai sebab semua orang mcm ada je... especially minat aku memang membaca, ketagih baca blog orang. Padahal aku sendiri pun boleh menulis, even not a good one, but at least for a start, tak salah kan aku cuba.

Dan untuk sekian kalinya, aku paksa diri untuk re-do new blog yang lebih kepada diri aku, tentang aku dan orang di sekeliling aku. Suka duka aku, sakit pening aku, susah senang aku, serta perasaan dan pendapat aku. More to general writing, perhaps a bit emotionally feeling atau ntah-apa-apa perasaan yang akan wujud pada tahun 2013 ini.

Aku...aku kadang-kadang ada perasaan atau pun perasan bila something happen atau across minda aku, rasa mcm nak luahkan segala pendapat pro's and con's akan perkara yang berlaku tu dalam blog aku. Tapi perasaan hanya tinggal perasan, dimana selepas itu aku mcm lupa sebab aku mcm takde masa. Pelik kan...aku takde masa nak tulis blog.hahahhahah budget aku macam busy je kat office atau kat rumah. Padahal melentang baring mcm ikan paus kat rumah, dan goyang kaki kat office bila takde kerja. Tu pun aku cakap aku takde masa. Oohhh aku walaupun dapat A dalam subject time management waktu di Uitm dulu, tapi nampak sangat aku tak implement kan apa yg aku belajar dulu. Kesian kan...kesian pada aku yang blur ni, kesian lagi pada prof aku yang duk ajar aku ... Tapi itu dulu... kini aku mesti berusaha mencari masa terluang. Dalam kata erti lain, aku kena pandai cari masa. 

Ok, time aku spent masa aku yang bernilai ni...cukup sampai sini dulu, aku perlu melayan puteri comel aku dulu. Kasihan dia...main masak-masak sorang-sorang.

Till Then,
Masa Percuma.