Wednesday, February 6, 2013

Berlaku nya Accident itu......




Assalamualaikum !
Setiap perkara yang berlaku ada hikmah. Ayat ni dah begitu sinonim dengan kehidupan kitakan. Nak dijadikan cerita, baru semalam ataupun kelmarin aku duk sibuk pung pang cara pemanduan rakyat Malaysia. Tup tup…aku pulak yang accident, langgar bontot kereta orang pulak tu. Astagfirullahalazim… dugaan allah swt diberikan kepada aku, dikala aku duk menghitung kira belanjawan rumah yang diamanahkan oleh Mat ki, aku diduga..alhamdulilah. Sedih bukan kepalang, hingga aku tak sedar, hati aku menangis sebenarnya. Aku cerita pada mat ki, yang…saya rasa hati saya sedang menangis sekarang. Rasa sendu dan sebak ketika tu, kami bukan orang kaya, kereta bukan hanya ada sebuah, tu pun nasib baik ada motor.

Aku sedar bahawa, setiap perkara buruk nak berlaku atau sedang berlaku, waktu tu, ketika itu, otak tidak sempat berfikir apa-apa, dan bila mat ki Tanya macam mana terjadi accident tu, aku jadi stammer dan panic simultaneously. Aku beristighfar dan bertenang, kalau tak, setiap ayat yang aku lontar kan pada suami akan jadi kelam kabut dan ayat lintang pukang. Dengan mat ki, tak boleh salah cakap, nanti dengan aku sekali kena tiau…hahahaha….
Siapa suka accident?? Siapa? Siapa?? Sila angkat tangan !!! puuii kan.. mana ada orang yang suka terlibat dengan apa juga jenis kemalangan..mmg nasib aku, asyik susahkan suami. Sentap hati mak nak….mat ki tak pernah complaint atau bising, jauh sekali mengeluh, ni semua poyooooOOooO..hahhaah bukan lah..ini semua dugaan allah swt katanya, kita kena terima…. Mat ki pesan suruh aku lebih berhati-hati dan jangan berkhayal, insyallah…setiap perkara yang berlaku buat aku lebih pasrah dan berserah aku kepada allah swt. Mungkin aku leka..leka dengan harta benda dunia,duk sibuk menghitung kira…end up segala yg aku plan untuk mat kid an sofea melayang..alhamdulilah allah maha besar…, sebab tu allah beri pengajaran sebegini dan rezeki ku di tarik secara perlahan-lahan.. astagfirullahalazim !!! begitu banyak dosa ku terhadap banyak perkara. 

Bila jadi begini(kemalangan), duit melayang satu hal, banyak perkara kena settle, kereta Mat ki, kereta yang dilanggar, dengan pe’el orang yang kita langgar tu, semua bercampur buat aku jadi bingung. Perkara yang aku buat adalah, suruh mat ki handle, tu yang mat ki lagi pening kepala, balik sekolah tak hilang penat, aku dah buat dia penat dengan perihal accident ni. Hahahhaah…Baguskan aku ni…asyik susahkan mat ki je…Macam yang aku duk bebel dari tadi, kami hanya ada kereta sebuah, dulu aku pakai waja, aku jual sebab nak kurangkan komitmen yang sedia ada. Esoknya aku dah pening , bukan sebab migraine, sebab aku duk pikirkan mcm mana nak pi keje ?? mat ki memang tak suka aku tumpang orang, dia sanggup hantar aku jauh mana pun, tapi aku yang tak sanggup, tak sanggup nak dia bersusah payah penat hantar aku awal pagi dan dia kena patah balik ke sekolah sebab dia kena punch in pukul 7.25am. Lepas dah puas sms adik beradik dan kawan –kawan yang berhampiran, awal pagi kami bangun hantar sofea pukul 6.30 pagi… awal kan?? Sebab perjalanan ke tempat kerja aku around 30 minutes naik motor.
Aku tak ada pilihan terpaksa suruh zaki hantar pagi tu, kawan yang aku plan nak tumpang, ada kat KL waktu tu, maka bergeraklah kami menaiki moto vrroomm..vroomm.. ke destinasi yang di tuju, sambil berdoa dalam hati, supaya perjalanan kami selamat, sebab terlebih muatan aku ni berat ..takut pancit atau motor bocor.
Whatever it is, things already happen, admitted that mistakes are totally come from me, careless and can’t stay focus in certain time. What else I can say, time flies..Money also flies….
Ok u all, aku harap korang tidak mengalami perkara yang aku alami, harap korang semua dalam kondisi yang tip top kebabom. Aku doa korang semuanya selamat ye.

Buybye !


No comments:

Post a Comment