Wednesday, February 6, 2013

Pemanduan Rakyat Malaysia



Assalamualaikum !

Aku memang berdendam dgn post title ni, pergh….siap berdendam bagaikan, padahal baca post title sounded very relax. Ok, meh sini aku nak story, kenapa aku berdendam dengan cara pemanduan rakyat Malaysia. Sejak berulang-alik dari shah alam ke puchong ni, aku berhadapan dengan traffic yang boleh tahanlah jammednya. Tapi itu semua tidak menjadi hal yang besar bagi aku, sebab Malaysia ni semua orang dah mampu memiliki kenderaan sendiri. Make it short, cara pemanduan orang Malaysia ni mmg boleh aku katakan macam siot… ( bukan semua driver hokey! noted ).
Orang Malaysia ni, kalau pakai kereta besar sikit, semua dah macam buget hebat, apa kehebat kalau sombong, bongkak ( amek kau ayat pendendam) dan vongok sebab : 
1)      Suka-suka cut into lanes
2)      Tangan malas nak tolak those signal pedal(left&right) even using 1 damn finger,main suka hati  mak bapak korang je masuk lane without signal

Aku memang naik hantu kalau wreck less driver tak suka atau mungkin jari dia patah waktu itu. Kalau jalan raya ni dia sorang pengguna aku tak hairan. Lantak koranglah kan.. tapi kalau pengguna lain pun share the same road everyday…please ya.. make use you damn signal. Aku bukan apa, kita ni ada nyawa, nyawa allah swt bai mana ada spare atau jual kat mana-mana…  Please appreciate and tolerate among others.
Aku pada mulanya tak lah amik port sangat setiap kali Mat Ki duk marah setiap kali orang potong lane dia, tapi kalau dah lama-lama tu, aku pun angin gak. Aku dan suami bukan macam korang pakai kereta hebat, mahal-mahal..kami orang sederhana, guna kereta pun kecik je. Kalau korang tibai kereta kami, kami dah patah kaki, mana ada transport lagi. Kami bukan nya orang kaya, nak repair on the spot. Gaji pun cukup-cukup makan.

Sebab tu, kalau mat ki komplen tahap IQ orang yg mcm ni, aku mmg setuju, Mat ki selalu cakap, driver in Malaysia ni bukan semua nya ada diploma atau ijazah, rata-rata amik lesen to have a car, kalau takde lesen, tak majulah kan..kena tahan dgn polis jadi kes lain plak. That’s why diaorang punya sivik letak kat lutut kot… takde timbang rasa. Dek kerana korang-korang yang tak ada sivik, aku jadi penakut nak drive.. sape yang salah… korang-korang yang memandu ikut hati je.. aku pun nak sampai umah gak.. tapi in safe condition. Hah!!!! Puas hati aku..aku dah lama nak buat entry pasal driving ni…baru sekarang aku ada masa.. tulah,sesuai sgt dengan nama blog baru aku ni.. bilamasapercuma…bila aku free lah kan. Sekarang aku memang ada masa…hahahahahah.
Ok lah, aku in random sahaja point kat korang, kalau korang pun mcm tu, please change the attitude, behave ketika memandu, dan ingatlah orang tersayang, sebab bukan hanya libatkan orang kesayangan korang je, satu Malaysia punya kesayangan, setiap kita insane yang bernyawa ni punya keluarga. Kita nak hidup lama, ajal maut ditangan tuhan.. kita semua mahukan pengahkiran hidup yang terbaik. Kita doalah yang baik-baik. Semoga kita semua selamat dan dilindugi allah swt. Don’t Drink & Drink, ni kerajaan yang pesan, bukan aku tau….hahahhaha

Ok bai!!!

No comments:

Post a Comment