Friday, February 8, 2013

English Education....


Assalamualaikum !!!

Aku sekarang  boleh tahan busy, sebab minda aku ni asyik berputar memikirkan  pasal engagement adik aku yang bongsu. Pasal e-day adik aku tuh, aku akan kongsi di lain entry, now kepala aku tengah ligat berfikir untuk education sofea. Tak macam sekarang, Flow of study yang aku dapat dahulu, agak limited..maklumlah parents aku orang susah, so..untuk mendapat pendidikan yang terbaik macam rakan-rakan yang lain itu memang tidak lah. Aku ni..kindy pun tak merasa, pernah masuk sebulan waktu aku berumur 5 tahun, tapi bila nak bayar yuran bulan pertama mak dan abah aku tak ada duit, aku diberhentikan. No issue bagi aku waktu tu, sebab waktu umur aku 4 tahun, aku menyaksikan sendiri kesusahan mak abah aku, mak aku yang bersusah payah mengajar aku ABC,abah ajar aku sifir. Tapi tu dulu, 28 tahun yang lalu, sekarang kindy berlambak-lambak..tunggu nak pilih je. Tapi nak pilih pun bukan macam pilih ikan kat pasar..kena tgk fees(penting ok),subject yang diajar,dan yang penting…cara kami nak atur perjalanan sofea ke school memandangkan aku kerja jauh dari shah alam, mat ki dekat tapi dia kan cikgu, kena masuk awal…kindy masuk dalam pukul 8pagi, aku masuk office pukul 8pagi…pukul 7 pagi dah kena keluar rumah..pukul berapa aku nak hantar sofea??? 6.30 pagi ke?? Aduuiii problem tak bagi korang??? Ok, belum pun habis mcm mana cara nak hantar sofea, aku dgn mat ki duk debate pasal kindy.

Sebut je lah apa jenis kindy, Genius Aulad, Smart reader, Cambridge, little caliph dan pelbagai jenis yang aku sendiri malas nak type. Aku dan mat ki ada survey few kindy which aku mmg teringin nak sofea belajar kat sana. Pilihan aku tentulah Cambridge, tapi dek kerana masalah aku dan suami adalah kekangan masa untuk menghantar sofea, kami terpaksa hold dulu. Class yang aku kepingin nak amik ni,(betul ke ayat aku?? Aku yang teringin??? Bukan sepatutnya aku tengok potential sofea??? ) memang focus untuk sofea’s English education. Bukan aku tak nak masukkan kindy yang sedia ada, aku seram sikit pasal transit sana sini. Aku takut nak biarkan anak aku naik transport orang yang aku tak berapa kenal. Aku kan paranoid mummy…hahahahah

Aku ni fussy sikit (actually banyak),aku nak sofea dapat education yang terbaik..tip and top. Bunyi macam kaya dan poyo…ni semua POOOYOOO..kerja mcam kuli ni ..haruslah aku nak anak aku punya perkerjaan dan tahap pendidikan di tahap terbaik. Aku nak dia berbahasa Inggeris dengan sebaik mungkin. Bukan jadi macam aku.(sigh…sedih hati mak nak) Dek kerana aku tak dapat hantar dia ke kindy yang terbaik dek kerana masa waktu pagi kami yang agak limited, aku dan mat ki (actually aku banyak bebel kat mat ki) supaya hantar dia@cik sofea ke class intensive English. Buat masa sekarang, kami hantar sofea di taska biasa yang dekat dengan rumah, from Monday to Friday (7.00am to 6.00pm)kalau mat ki balik awal dari segala meeting dan koko kat sekolah..dia fetch awal dalam pukul 5pm kot. Malam lepas magrib dia akan mengaji dengan abah dia lepas isyak…sometimes lepas abah dia habis mengaji Quran, pukul 10 malam pun abah dia akan ajar dia mengaji. Aku?? Duk depan tv hahahah..aku buat kerja rumah lah… siapkan beg sekolah,siapkan susu, makan minum semua aku jaga…hahahah. Kami tak ada pilihan, terpaksa select weekend intensive English class di smart reader yang berhampiran(9.30am till 11.00am, sebab Cambridge tak ada weekend class, semuanya weekdays. Kami pilih sabtu, dan class piano di YMS kami place her for Sunday class, kami pilih petang sikit…(3-5pm). Pack tak jadual sofea?? Sounded pack tapi aku tak rasa otak sofea pack, sebab di taska bukan belajar apa pun, taska tu dah jadi  pusat JAGAAN, so depa jaga saja anak kita dan pasangkan cartoon sebagai hiburan. Cukup time balik, bila dia balik, hanya beberapa jam tu lah kami mingle dan bergurau senda, tangisan pun kadang-kadang ada. Tangisan berSebab ….sofea ni waktu kecik dulu suka meraban di sekitar kawasan dapur. Kami mmg seriau kata orang perak…seram siot..aku kan paranoid..puuuiii.. suka nooo fikir yang bukan-bukan…aku takutlah.. nauzubiilahhiminzalik….so..untuk mengatasi masalah kami ketika itu, kami selalu takutkan dia dengan lipas, so sampai sekaranglah..dia takut dgn lipas, not only lipas, but any kind of insect dia takut. Menangis bagai nak rak kalau dia ternampak atau serangga tu ada depan dia, lari macam kena attack. But one day, aku sangat proud dengan sofea, dia jumpa serangga mati (very small and tiny) dalam bucket block dia, dia freak juga pada mulanya, tapi aku yang sengal mummy ni pun lagak macho, sambil berkata, aaaallllaaahhhh…. Dah mati pun…go take tissue,so dia amik tissue, she done by herself, pick those tiny insect(not sure what is it)using tissue and waaalllaahh…she pick and throw insect depan aku, aku roll my eyes and beri arahan buang tissue atas meja, not on the floor, so from meja aku akan clean semuanya..hahahahah sound mummy pemalas tak?? So end up she done it very well. Aku assume, soon or later, she will be ok, the ketakutan will go away as she grown up insyallah.

Back to her education plan, aku memang takde hati nak allowed her to study using PTPTN, aku sekarang dah start menabung untuk education dia thru ASB, insyallah..insurance dia pun aku dah buat come with edu-plan, so walaupun aku save asb, kalau tak cukup, insurance edu plan dia akan cover for others expenses,insyallah. Aku hanya boleh merancang, selebihnya…aku serah pada allah swt. Apa yang aku buat sekarang, adalah doa..doa supaya allah kasihan kan aku, kasihankan sofea…simpati pada mat kid an keluarga kami semua. Aku nak sofea jadi muslimah yang sejati, yang seiring perjalanan hidupnya didunia dan akhirat. Aku budget nak jadikan dia doctor atau any professional career. Lebih menjamin hidup dia.
Gambar semua ni credit google ok!

Harap segala apa yg aku impikan akan jadikan kenyataan..with allah swt blessing… ok u all.. aku rasa cukup sampai disini, aku nak relax jap. Kepada korang yang semua ada anak, aku wish all the best, ni semua cara aku nak set up perjalanan career dia, aku kena guide dia. Korang pun aku aku gak, supaya anak-anak kita Berjaya dunia dan akhirat.
Amin..Amin…Amin ya rabb…



No comments:

Post a Comment