Wednesday, February 20, 2013

Sofea's potty training

Assalamualaikum !
Few days ago, I  called my bestie tempat kerja lama,saja borak-borak kosong, nama dia cik wan,anak dah dua sepasang lagi, aku mmg dari dulu sebelum dia kawen aku gelarkan dia cik wan. Kami bercerita tentang perkembangan diri masing-masing, yang mmg dah kembang ni heheheh. Kami selalu berkongsi tips dan keletah anak masing-masing. So happen cik wan Tanya pasal potty training. How aku trained sofea for potty. Nak dijadikan cerita, sofea mengalami masalah penghadaman, di mana dia berak keras. Sangat sadis dan sedih aku lihat dia tertonggeng-toggeng nak mengeluarkan najisnya, she suffered. Aku blur dan terus bawak jumpa her paed di section 13, klinik UMRA.

Kat sana, mmg semua pakar belaka, pakar gynae,pakar paed,semua adalah.. tinggal ko nak atau tak nak je jumpa dorang. Turn nama sofea di panggil, waktu tu umur sofea 3 tahun , bila dah explain kat doc sekian sekian symptom dan cara pemakanan sofea, dia nak check punggung sofea pulak, ok… aku pun bukak lah pampers ( ye..sofea masih lagi pakai pampers umur 3 tahun…) doc Nampak pampers, terus bebel tak hingat kat aku. Siap dia sound aku lagi,, this is not ur child fault… this is parent fault… parent  fail to train your toddler for potty training, this is part of reason why your daughter can’t control their need to go to the toilet, or they don’t even don’t know when is the time coming. 

Bila doctor tu menyembur kata-kata berupa itu, aku tersentap…bukan kerana marah…tidak..aku tidak mungkin akan marah, jika itu mmg silap aku. Aku Cuma sentap kerana betapa alpa nya aku ..betapa aku tak concern dalam mendidik dan menjaga anak sendiri. Aku SEORANG FAILURE, aku gagal!!! Aku terus moody dalam kereta, sampai mat ki pun perasan, aku nangis sebab aku sedih ..mak takde..aku takde sape nak refer banyak perkara yang aku tak tau. Sejak dari itu, kami spare masa setiap malam untuk train sofea. Jenuh gak lah jeritan batin aku dan abah dia kedengaran kerana sofea kadang2 lupa, dan beberapa kali terkucil dan terberak di lantai umah…heheheheh mat ki punya angin jangan cakaplah.. sebab jenuh dia nak tolong aku kutip poop sofea dan lap air kencing…hahhahah… sebab kami risau kalau tak bersih, nak amik wuduk takut tak sempurna atau bersih. Pengajaran semua ni aku simpan kemas dalam hati.

Tujuan aku cerita ni, nak sampaikan pada kawan aku cik wan supaya jgn putus asa, jangan putus doa, aku pasti allah swt, dengar tangisan dalam hati aku, dan semua makhluk ciptaannya. Kebetulan kat taska pun ada penjaga sofea nama dina, pun keep remind her to do her business dalam toilet 24/7… hahahahha serious!!! Memang setiap jam aku terpaksa ingatkan sofea, kadang-kadang aku lupa, mmg terkucil lah dia..hahahah tapi dah nama pun budak, kalau dah main tu, mmg tak ingat dunia, sampai mat ki give up gak, nak potty trained her during weekend saja. Tapi aku tak nak mengaku kalah, aku layankan aje kencing berak dia. Anak aku, so effort yang lebih mesti datang dari aku, kalau tidak, aku nak harap kan siapa? Kasihan sofea.. byk sangat ketinggalan dek kerana aku seorang mummy yang gagal bagi  perhatian pada dia. Bukan kerja byk kat ofis pun, kat umah pun mana ada kerja, asyik aku mengadap tv je.
gambo semua credit google

Sekarang  aku dah insaf, dan selepas 1 bulan, sofea akhirnya Berjaya potty training, dia dah tahu bila nak buang air besar dan kecik, dah pandai pergi toilet sendiri ( dalam pengawasan aku ), dah pandai bukak penutup mangkuk tandas, so far alhamdulilah.. aku mmg bersyukur pada allah swt, kerana mendengar rintihan aku, keluh kesah aku. Aku berharap cik wan akan sukses dan bersabar dalam trained nur alya damia potty training. Aku tau bukan mudah, tapi kita kena cuba, biarlah dia terkencing berak. Nak buat mcm mana, tu semua permulaan, cakap sekali bukan boleh ingat, nak kena cakap puluh kali kot. Hahahah… dan sekarang aku dalam proses nak bermeditasi dan mengajar sofea membaca, harap allah swt dapat bantu aku. Kenapa aku cakap nak meditasi, sebab aku tak tahu mana nak mula nak mengajar, abah dia dah ajar mengaji malam, aku punya giliran nak ajar sofea membaca dengan cemerlang. Harap aku juga Berjaya.  Nanti aku story di lain entry pasal sofea membaca ok!!!.



No comments:

Post a Comment