Wednesday, February 20, 2013

Sofea's potty training

Assalamualaikum !
Few days ago, I  called my bestie tempat kerja lama,saja borak-borak kosong, nama dia cik wan,anak dah dua sepasang lagi, aku mmg dari dulu sebelum dia kawen aku gelarkan dia cik wan. Kami bercerita tentang perkembangan diri masing-masing, yang mmg dah kembang ni heheheh. Kami selalu berkongsi tips dan keletah anak masing-masing. So happen cik wan Tanya pasal potty training. How aku trained sofea for potty. Nak dijadikan cerita, sofea mengalami masalah penghadaman, di mana dia berak keras. Sangat sadis dan sedih aku lihat dia tertonggeng-toggeng nak mengeluarkan najisnya, she suffered. Aku blur dan terus bawak jumpa her paed di section 13, klinik UMRA.

Kat sana, mmg semua pakar belaka, pakar gynae,pakar paed,semua adalah.. tinggal ko nak atau tak nak je jumpa dorang. Turn nama sofea di panggil, waktu tu umur sofea 3 tahun , bila dah explain kat doc sekian sekian symptom dan cara pemakanan sofea, dia nak check punggung sofea pulak, ok… aku pun bukak lah pampers ( ye..sofea masih lagi pakai pampers umur 3 tahun…) doc Nampak pampers, terus bebel tak hingat kat aku. Siap dia sound aku lagi,, this is not ur child fault… this is parent fault… parent  fail to train your toddler for potty training, this is part of reason why your daughter can’t control their need to go to the toilet, or they don’t even don’t know when is the time coming. 

Bila doctor tu menyembur kata-kata berupa itu, aku tersentap…bukan kerana marah…tidak..aku tidak mungkin akan marah, jika itu mmg silap aku. Aku Cuma sentap kerana betapa alpa nya aku ..betapa aku tak concern dalam mendidik dan menjaga anak sendiri. Aku SEORANG FAILURE, aku gagal!!! Aku terus moody dalam kereta, sampai mat ki pun perasan, aku nangis sebab aku sedih ..mak takde..aku takde sape nak refer banyak perkara yang aku tak tau. Sejak dari itu, kami spare masa setiap malam untuk train sofea. Jenuh gak lah jeritan batin aku dan abah dia kedengaran kerana sofea kadang2 lupa, dan beberapa kali terkucil dan terberak di lantai umah…heheheheh mat ki punya angin jangan cakaplah.. sebab jenuh dia nak tolong aku kutip poop sofea dan lap air kencing…hahhahah… sebab kami risau kalau tak bersih, nak amik wuduk takut tak sempurna atau bersih. Pengajaran semua ni aku simpan kemas dalam hati.

Tujuan aku cerita ni, nak sampaikan pada kawan aku cik wan supaya jgn putus asa, jangan putus doa, aku pasti allah swt, dengar tangisan dalam hati aku, dan semua makhluk ciptaannya. Kebetulan kat taska pun ada penjaga sofea nama dina, pun keep remind her to do her business dalam toilet 24/7… hahahahha serious!!! Memang setiap jam aku terpaksa ingatkan sofea, kadang-kadang aku lupa, mmg terkucil lah dia..hahahah tapi dah nama pun budak, kalau dah main tu, mmg tak ingat dunia, sampai mat ki give up gak, nak potty trained her during weekend saja. Tapi aku tak nak mengaku kalah, aku layankan aje kencing berak dia. Anak aku, so effort yang lebih mesti datang dari aku, kalau tidak, aku nak harap kan siapa? Kasihan sofea.. byk sangat ketinggalan dek kerana aku seorang mummy yang gagal bagi  perhatian pada dia. Bukan kerja byk kat ofis pun, kat umah pun mana ada kerja, asyik aku mengadap tv je.
gambo semua credit google

Sekarang  aku dah insaf, dan selepas 1 bulan, sofea akhirnya Berjaya potty training, dia dah tahu bila nak buang air besar dan kecik, dah pandai pergi toilet sendiri ( dalam pengawasan aku ), dah pandai bukak penutup mangkuk tandas, so far alhamdulilah.. aku mmg bersyukur pada allah swt, kerana mendengar rintihan aku, keluh kesah aku. Aku berharap cik wan akan sukses dan bersabar dalam trained nur alya damia potty training. Aku tau bukan mudah, tapi kita kena cuba, biarlah dia terkencing berak. Nak buat mcm mana, tu semua permulaan, cakap sekali bukan boleh ingat, nak kena cakap puluh kali kot. Hahahah… dan sekarang aku dalam proses nak bermeditasi dan mengajar sofea membaca, harap allah swt dapat bantu aku. Kenapa aku cakap nak meditasi, sebab aku tak tahu mana nak mula nak mengajar, abah dia dah ajar mengaji malam, aku punya giliran nak ajar sofea membaca dengan cemerlang. Harap aku juga Berjaya.  Nanti aku story di lain entry pasal sofea membaca ok!!!.



Friday, February 8, 2013

English Education....


Assalamualaikum !!!

Aku sekarang  boleh tahan busy, sebab minda aku ni asyik berputar memikirkan  pasal engagement adik aku yang bongsu. Pasal e-day adik aku tuh, aku akan kongsi di lain entry, now kepala aku tengah ligat berfikir untuk education sofea. Tak macam sekarang, Flow of study yang aku dapat dahulu, agak limited..maklumlah parents aku orang susah, so..untuk mendapat pendidikan yang terbaik macam rakan-rakan yang lain itu memang tidak lah. Aku ni..kindy pun tak merasa, pernah masuk sebulan waktu aku berumur 5 tahun, tapi bila nak bayar yuran bulan pertama mak dan abah aku tak ada duit, aku diberhentikan. No issue bagi aku waktu tu, sebab waktu umur aku 4 tahun, aku menyaksikan sendiri kesusahan mak abah aku, mak aku yang bersusah payah mengajar aku ABC,abah ajar aku sifir. Tapi tu dulu, 28 tahun yang lalu, sekarang kindy berlambak-lambak..tunggu nak pilih je. Tapi nak pilih pun bukan macam pilih ikan kat pasar..kena tgk fees(penting ok),subject yang diajar,dan yang penting…cara kami nak atur perjalanan sofea ke school memandangkan aku kerja jauh dari shah alam, mat ki dekat tapi dia kan cikgu, kena masuk awal…kindy masuk dalam pukul 8pagi, aku masuk office pukul 8pagi…pukul 7 pagi dah kena keluar rumah..pukul berapa aku nak hantar sofea??? 6.30 pagi ke?? Aduuiii problem tak bagi korang??? Ok, belum pun habis mcm mana cara nak hantar sofea, aku dgn mat ki duk debate pasal kindy.

Sebut je lah apa jenis kindy, Genius Aulad, Smart reader, Cambridge, little caliph dan pelbagai jenis yang aku sendiri malas nak type. Aku dan mat ki ada survey few kindy which aku mmg teringin nak sofea belajar kat sana. Pilihan aku tentulah Cambridge, tapi dek kerana masalah aku dan suami adalah kekangan masa untuk menghantar sofea, kami terpaksa hold dulu. Class yang aku kepingin nak amik ni,(betul ke ayat aku?? Aku yang teringin??? Bukan sepatutnya aku tengok potential sofea??? ) memang focus untuk sofea’s English education. Bukan aku tak nak masukkan kindy yang sedia ada, aku seram sikit pasal transit sana sini. Aku takut nak biarkan anak aku naik transport orang yang aku tak berapa kenal. Aku kan paranoid mummy…hahahahah

Aku ni fussy sikit (actually banyak),aku nak sofea dapat education yang terbaik..tip and top. Bunyi macam kaya dan poyo…ni semua POOOYOOO..kerja mcam kuli ni ..haruslah aku nak anak aku punya perkerjaan dan tahap pendidikan di tahap terbaik. Aku nak dia berbahasa Inggeris dengan sebaik mungkin. Bukan jadi macam aku.(sigh…sedih hati mak nak) Dek kerana aku tak dapat hantar dia ke kindy yang terbaik dek kerana masa waktu pagi kami yang agak limited, aku dan mat ki (actually aku banyak bebel kat mat ki) supaya hantar dia@cik sofea ke class intensive English. Buat masa sekarang, kami hantar sofea di taska biasa yang dekat dengan rumah, from Monday to Friday (7.00am to 6.00pm)kalau mat ki balik awal dari segala meeting dan koko kat sekolah..dia fetch awal dalam pukul 5pm kot. Malam lepas magrib dia akan mengaji dengan abah dia lepas isyak…sometimes lepas abah dia habis mengaji Quran, pukul 10 malam pun abah dia akan ajar dia mengaji. Aku?? Duk depan tv hahahah..aku buat kerja rumah lah… siapkan beg sekolah,siapkan susu, makan minum semua aku jaga…hahahah. Kami tak ada pilihan, terpaksa select weekend intensive English class di smart reader yang berhampiran(9.30am till 11.00am, sebab Cambridge tak ada weekend class, semuanya weekdays. Kami pilih sabtu, dan class piano di YMS kami place her for Sunday class, kami pilih petang sikit…(3-5pm). Pack tak jadual sofea?? Sounded pack tapi aku tak rasa otak sofea pack, sebab di taska bukan belajar apa pun, taska tu dah jadi  pusat JAGAAN, so depa jaga saja anak kita dan pasangkan cartoon sebagai hiburan. Cukup time balik, bila dia balik, hanya beberapa jam tu lah kami mingle dan bergurau senda, tangisan pun kadang-kadang ada. Tangisan berSebab ….sofea ni waktu kecik dulu suka meraban di sekitar kawasan dapur. Kami mmg seriau kata orang perak…seram siot..aku kan paranoid..puuuiii.. suka nooo fikir yang bukan-bukan…aku takutlah.. nauzubiilahhiminzalik….so..untuk mengatasi masalah kami ketika itu, kami selalu takutkan dia dengan lipas, so sampai sekaranglah..dia takut dgn lipas, not only lipas, but any kind of insect dia takut. Menangis bagai nak rak kalau dia ternampak atau serangga tu ada depan dia, lari macam kena attack. But one day, aku sangat proud dengan sofea, dia jumpa serangga mati (very small and tiny) dalam bucket block dia, dia freak juga pada mulanya, tapi aku yang sengal mummy ni pun lagak macho, sambil berkata, aaaallllaaahhhh…. Dah mati pun…go take tissue,so dia amik tissue, she done by herself, pick those tiny insect(not sure what is it)using tissue and waaalllaahh…she pick and throw insect depan aku, aku roll my eyes and beri arahan buang tissue atas meja, not on the floor, so from meja aku akan clean semuanya..hahahahah sound mummy pemalas tak?? So end up she done it very well. Aku assume, soon or later, she will be ok, the ketakutan will go away as she grown up insyallah.

Back to her education plan, aku memang takde hati nak allowed her to study using PTPTN, aku sekarang dah start menabung untuk education dia thru ASB, insyallah..insurance dia pun aku dah buat come with edu-plan, so walaupun aku save asb, kalau tak cukup, insurance edu plan dia akan cover for others expenses,insyallah. Aku hanya boleh merancang, selebihnya…aku serah pada allah swt. Apa yang aku buat sekarang, adalah doa..doa supaya allah kasihan kan aku, kasihankan sofea…simpati pada mat kid an keluarga kami semua. Aku nak sofea jadi muslimah yang sejati, yang seiring perjalanan hidupnya didunia dan akhirat. Aku budget nak jadikan dia doctor atau any professional career. Lebih menjamin hidup dia.
Gambar semua ni credit google ok!

Harap segala apa yg aku impikan akan jadikan kenyataan..with allah swt blessing… ok u all.. aku rasa cukup sampai disini, aku nak relax jap. Kepada korang yang semua ada anak, aku wish all the best, ni semua cara aku nak set up perjalanan career dia, aku kena guide dia. Korang pun aku aku gak, supaya anak-anak kita Berjaya dunia dan akhirat.
Amin..Amin…Amin ya rabb…



Perjalanan Career aku....



Assalamualaikum !







Kepada u alls sekalian yang baru mula nak baca blog aku yang tak seberapa ni, aku ucap berbanyak terima kasih. Aku assume ni blog aku yang terakhir, no more new blog creation hahahahah. Hari ni, aku nak berkongsi cerita mengenai pengalaman alam pekerjaan aku since year 2005 till now 2012. Tahun 2005 aku baru lepas grad, waktu tu keadaan family yang agak susah, sebab abah dah berhenti kerja, menjadi tanggungjawap aku untuk mula bekerja dan membantu family. Pada ketika itu, aku memang tak memilih kerja, aku bedal segala macam kerja bagi mendapatkan wang secara halal untuk aku feed family aku, especially mak dan abah serta adik beradik.

Aku mula dengan kerja di 7-eleven,sebagai management trainee, aku mop lantai, susun barang, buang sampah, kerja shift malam, semua kerja aku buat, maklumlah..waktu tu masih dalam waktu percubaan, tapi hanya bertahan 1minggu sahaja, mungkin aku sendiri yang give up buat kerja tu. Lepas tu, aku dapat kerja tempat lain,di Pride Network sebagai Business Development Executive, pun tak lama gak. Kerja balik sampai 3 pagi, sebab follow event client. Lepas berhenti kat company tu, aku dibantu oleh rakan dan dapatlah kerja di Pan pacific hotel di area Glenmarie, pun tak lama hanya bertahan selama 1 minggu. Aku perlukan kerja yang stabil, 9-5 lah kononnya… Alhamdulilah..ada kawan kerja di Kilang Roti kat shah alam, dekat dengan area rumah aku, offer kata ada kerja kosong kat situ, jadi receptionist. Aku pun tak fikir panjang, aku perlukan pekerjaan tetap untuk menampung family. Gaji yang ditawarkan hanya rm900.00, aku grab juga, yang penting, income bulanan tak putus. 

Waktu di meja receptionistlah.. aku kenal bermacam-macam jenis orang, cina, india, melayu, mat salleh dan pelbagai jenis manusia yang aku kawan, dari situ aku develop public speaking dan confident level aku, aku jadi bertambah yakin untuk communicate dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat, yang kaya,miskin, dato’-datin, tans sri dan segala jenis corporate people. Aku jadi reception hanya selama 3 bulan je, lepas tu bos aku panggil, dia nak jumpa..katanya.. dia nak offer aku kerja office di bahagian Administration. Aku tak fikir panjang, aku terima, mungkin dia tengok aku budget mcm good-good, speaking English je..hahahah.
Aku bermula sebagai Admin Assistant, dari tahun ke tahun.. aku belajar dari bawah, sehinggalah menjadi orang yang agak penting di Kilang Roti tersebut. Aku serious bangga dengan pencapaian peribadi aku, even Dato J, CEO,GM’s dan semua manager kenal aku dan aku menjadi orang penting dalam deparment. Lepas bersalin kan sofea’s rezeki makin bertambah, dan aku dinaikkan pangkat lagi, gaji pun dari tahun ke tahun naik..alhamdulilah. aku sangat-sangat selesa kerja kat situ,dari receptionist aku jadi assistant kepada manager aku. Orang kuat dan tangan kanan dia, segala kerja aku buat dengan senang hati.


Tapi langit tak selalunya cerah, aku berserah dengan ketentuan allah swt, company yang aku selesa bekerja tu, mula menunjukkan ura-ura kelam kabut oleh bahagian finance dan Dato J, sampaikan KWSP aku tak berbayar selama 6-7 bulan, aku nekad tender resign dan mula berkelana mencari kerja baru. Aku bermula di jobstreet, dan mula mendapat beberapa panggilan di beberapa buah company. And pada 1 hari, aku terima panggilan dari salah sebuah company di Puchong. They offer aku kerja sebagai project Admin Executive. Dek kerana aku sudah ada family, dan perbelanjaan aku tidak boleh kurang, kerana tak sampai hati nak bebankan suami yang banyak berjasa pada aku. Aku terus terima job tu. Dan di kala ini, ketika ini, sedang aku mula mengarang essay mengenai perjalanan career aku, baru shaja pukul 9.00 pagi, aku takde kerja. Tak ada langsung…. Di sini, sudah beberapa kali aku hamper tertido…aku tahankan juga mata aku, air Nescafe aku teguk beberapa kali, bagi mengurangkan rasa mengantuk yang teramat. Mungkin korang tertanya-tanya, apa kejadah aku buat kat office ni, jawapanaku langsung takde kerja.
Meh sini aku nak cerita sedikit sebanyak mengenai company yang baru aku joined. Aku kerja dengan contractor class A, which is, gain income from Shell & Petronas, oli dan gas company. Di sini, aku di letak kan di bahagian project & engineering. Di department aku ni, semua engineer ,project manager dan GM semua lelaki, hanya aku perempuan, sebab tu boleh dikatakan semua kerja diaorang yang buat, aku di hired hanya untuk menjadi ala-ala project secretary. Kalau semua site people turun office, aku kenalah prepare atau jotted down minutes meeting. Kadang-kadang aku rasa macam makan gaji buta, bila dah takde kerja, aku di pinjamkan oleh Gm aku ke bahagian Project 12 tingkat iaitu building baru office MIE.
Aku tolong mana yang patut, ada kerja..sibuklah aku, takde kerja.. melanguk atau internet dan blogwalking.hahahhaha Bosan dan sangat tak mencabar kerja aku kan…. Budak lepasan SPm pun boleh buat dengan hanya menutup mata. Macam tu lah aku sekarang, mengantuk gila…bosan tahap dewa jula juli bintang 7. Aku nak je cakap dengan HR manager, aku free ni, takde keje, ada kerja bagilah aku buat sikit. Aku tak boleh kalau otak aku berada dalam keadaan yang kosong, boleh jadi bengap aku ni. Waktu aku sedang type ni, otak aku zero. Manusia macam kita-kita semua, perlukan berfikir untuk generate positive hormone yang dapat buat brain kita function well. Ceehh… macam baguskan ayat aku ni.. budget hebat je.

Ok ekk.. aku nak stop jap.. nak pura-pura buat kerja. Korang yang ada kerja tu, bersyukurlah.. jangan seperti aku. Aku baru sedar, ni semua ujian yang maha esa allah swt, menguji aku, dulu kerja keras selama 7 tahun, siang malam pagi petang..sekarang.. baru kerja selama 7 bulan disini.. most of the time aku sangat free… hahahah… Semoga Allah dapat bantu aku…bantu aku dari pencapaian career, aku tak boleh selamanya begini. Sighhh…..Aku bukannya menyesal dgn apa yang berlaku dalam hidup aku..ada manisnya..cuma..sebagai manusia..aku perlukan sesuatu yang lebih menjamin..kerana aku ada mulut yang perlu disuap...

Kepada korang semua yang berada di tahap kemuncak kerjaya ..aku ucapkan tahniah...aku feel happy for korang...nasib kita tak sama...allah sedang menduga aku....aku paserah....

Ok lah...babai...makin akin lama kat sini..makin lama aku mengarut nanti....
 

Wednesday, February 6, 2013

Berlaku nya Accident itu......




Assalamualaikum !
Setiap perkara yang berlaku ada hikmah. Ayat ni dah begitu sinonim dengan kehidupan kitakan. Nak dijadikan cerita, baru semalam ataupun kelmarin aku duk sibuk pung pang cara pemanduan rakyat Malaysia. Tup tup…aku pulak yang accident, langgar bontot kereta orang pulak tu. Astagfirullahalazim… dugaan allah swt diberikan kepada aku, dikala aku duk menghitung kira belanjawan rumah yang diamanahkan oleh Mat ki, aku diduga..alhamdulilah. Sedih bukan kepalang, hingga aku tak sedar, hati aku menangis sebenarnya. Aku cerita pada mat ki, yang…saya rasa hati saya sedang menangis sekarang. Rasa sendu dan sebak ketika tu, kami bukan orang kaya, kereta bukan hanya ada sebuah, tu pun nasib baik ada motor.

Aku sedar bahawa, setiap perkara buruk nak berlaku atau sedang berlaku, waktu tu, ketika itu, otak tidak sempat berfikir apa-apa, dan bila mat ki Tanya macam mana terjadi accident tu, aku jadi stammer dan panic simultaneously. Aku beristighfar dan bertenang, kalau tak, setiap ayat yang aku lontar kan pada suami akan jadi kelam kabut dan ayat lintang pukang. Dengan mat ki, tak boleh salah cakap, nanti dengan aku sekali kena tiau…hahahaha….
Siapa suka accident?? Siapa? Siapa?? Sila angkat tangan !!! puuii kan.. mana ada orang yang suka terlibat dengan apa juga jenis kemalangan..mmg nasib aku, asyik susahkan suami. Sentap hati mak nak….mat ki tak pernah complaint atau bising, jauh sekali mengeluh, ni semua poyooooOOooO..hahhaah bukan lah..ini semua dugaan allah swt katanya, kita kena terima…. Mat ki pesan suruh aku lebih berhati-hati dan jangan berkhayal, insyallah…setiap perkara yang berlaku buat aku lebih pasrah dan berserah aku kepada allah swt. Mungkin aku leka..leka dengan harta benda dunia,duk sibuk menghitung kira…end up segala yg aku plan untuk mat kid an sofea melayang..alhamdulilah allah maha besar…, sebab tu allah beri pengajaran sebegini dan rezeki ku di tarik secara perlahan-lahan.. astagfirullahalazim !!! begitu banyak dosa ku terhadap banyak perkara. 

Bila jadi begini(kemalangan), duit melayang satu hal, banyak perkara kena settle, kereta Mat ki, kereta yang dilanggar, dengan pe’el orang yang kita langgar tu, semua bercampur buat aku jadi bingung. Perkara yang aku buat adalah, suruh mat ki handle, tu yang mat ki lagi pening kepala, balik sekolah tak hilang penat, aku dah buat dia penat dengan perihal accident ni. Hahahhaah…Baguskan aku ni…asyik susahkan mat ki je…Macam yang aku duk bebel dari tadi, kami hanya ada kereta sebuah, dulu aku pakai waja, aku jual sebab nak kurangkan komitmen yang sedia ada. Esoknya aku dah pening , bukan sebab migraine, sebab aku duk pikirkan mcm mana nak pi keje ?? mat ki memang tak suka aku tumpang orang, dia sanggup hantar aku jauh mana pun, tapi aku yang tak sanggup, tak sanggup nak dia bersusah payah penat hantar aku awal pagi dan dia kena patah balik ke sekolah sebab dia kena punch in pukul 7.25am. Lepas dah puas sms adik beradik dan kawan –kawan yang berhampiran, awal pagi kami bangun hantar sofea pukul 6.30 pagi… awal kan?? Sebab perjalanan ke tempat kerja aku around 30 minutes naik motor.
Aku tak ada pilihan terpaksa suruh zaki hantar pagi tu, kawan yang aku plan nak tumpang, ada kat KL waktu tu, maka bergeraklah kami menaiki moto vrroomm..vroomm.. ke destinasi yang di tuju, sambil berdoa dalam hati, supaya perjalanan kami selamat, sebab terlebih muatan aku ni berat ..takut pancit atau motor bocor.
Whatever it is, things already happen, admitted that mistakes are totally come from me, careless and can’t stay focus in certain time. What else I can say, time flies..Money also flies….
Ok u all, aku harap korang tidak mengalami perkara yang aku alami, harap korang semua dalam kondisi yang tip top kebabom. Aku doa korang semuanya selamat ye.

Buybye !