Assalamualaikum !
Kepada u alls
sekalian yang baru mula nak baca blog aku yang tak seberapa ni, aku ucap
berbanyak terima kasih. Aku assume ni blog aku yang terakhir, no more new blog
creation hahahahah. Hari ni, aku nak berkongsi cerita mengenai pengalaman alam
pekerjaan aku since year 2005 till now 2012. Tahun 2005 aku baru lepas grad,
waktu tu keadaan family yang agak susah, sebab abah dah berhenti kerja, menjadi
tanggungjawap aku untuk mula bekerja dan membantu family. Pada ketika itu, aku
memang tak memilih kerja, aku bedal segala macam kerja bagi mendapatkan wang
secara halal untuk aku feed family aku, especially mak dan abah serta adik
beradik.
Aku mula dengan
kerja di 7-eleven,sebagai management trainee, aku mop lantai, susun barang,
buang sampah, kerja shift malam, semua kerja aku buat, maklumlah..waktu tu
masih dalam waktu percubaan, tapi hanya bertahan 1minggu sahaja, mungkin aku
sendiri yang give up buat kerja tu. Lepas tu, aku dapat kerja tempat lain,di
Pride Network sebagai Business Development Executive, pun tak lama gak. Kerja
balik sampai 3 pagi, sebab follow event client. Lepas berhenti kat company tu,
aku dibantu oleh rakan dan dapatlah kerja di Pan pacific hotel di area
Glenmarie, pun tak lama hanya bertahan selama 1 minggu. Aku perlukan kerja yang
stabil, 9-5 lah kononnya… Alhamdulilah..ada kawan kerja di Kilang Roti kat shah
alam, dekat dengan area rumah aku, offer kata ada kerja kosong kat situ, jadi
receptionist. Aku pun tak fikir panjang, aku perlukan pekerjaan tetap untuk
menampung family. Gaji yang ditawarkan hanya rm900.00, aku grab juga, yang
penting, income bulanan tak putus.
Waktu di meja
receptionistlah.. aku kenal bermacam-macam jenis orang, cina, india, melayu,
mat salleh dan pelbagai jenis manusia yang aku kawan, dari situ aku develop
public speaking dan confident level aku, aku jadi bertambah yakin untuk
communicate dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat, yang kaya,miskin,
dato’-datin, tans sri dan segala jenis corporate people. Aku jadi reception
hanya selama 3 bulan je, lepas tu bos aku panggil, dia nak jumpa..katanya.. dia
nak offer aku kerja office di bahagian Administration. Aku tak fikir panjang,
aku terima, mungkin dia tengok aku budget mcm good-good, speaking English
je..hahahah.
Aku bermula
sebagai Admin Assistant, dari tahun ke tahun.. aku belajar dari bawah,
sehinggalah menjadi orang yang agak penting di Kilang Roti tersebut. Aku
serious bangga dengan pencapaian peribadi aku, even Dato J, CEO,GM’s dan semua
manager kenal aku dan aku menjadi orang penting dalam deparment. Lepas bersalin
kan sofea’s rezeki makin bertambah, dan aku dinaikkan pangkat lagi, gaji pun
dari tahun ke tahun naik..alhamdulilah. aku sangat-sangat selesa kerja kat
situ,dari receptionist aku jadi assistant kepada manager aku. Orang kuat dan
tangan kanan dia, segala kerja aku buat dengan senang hati.
Tapi langit tak
selalunya cerah, aku berserah dengan ketentuan allah swt, company yang aku
selesa bekerja tu, mula menunjukkan ura-ura kelam kabut oleh bahagian finance
dan Dato J, sampaikan KWSP aku tak berbayar selama 6-7 bulan, aku nekad tender
resign dan mula berkelana mencari kerja baru. Aku bermula di jobstreet, dan
mula mendapat beberapa panggilan di beberapa buah company. And pada 1 hari, aku
terima panggilan dari salah sebuah company di Puchong. They offer aku kerja
sebagai project Admin Executive. Dek kerana aku sudah ada family, dan
perbelanjaan aku tidak boleh kurang, kerana tak sampai hati nak bebankan suami
yang banyak berjasa pada aku. Aku terus terima job tu. Dan di kala ini, ketika
ini, sedang aku mula mengarang essay mengenai perjalanan career aku, baru shaja
pukul 9.00 pagi, aku takde kerja. Tak ada langsung…. Di sini, sudah beberapa
kali aku hamper tertido…aku tahankan juga mata aku, air Nescafe aku teguk
beberapa kali, bagi mengurangkan rasa mengantuk yang teramat. Mungkin korang
tertanya-tanya, apa kejadah aku buat kat office ni, jawapanaku langsung takde
kerja.
Meh sini aku nak
cerita sedikit sebanyak mengenai company yang baru aku joined. Aku kerja dengan
contractor class A, which is, gain income from Shell & Petronas, oli dan
gas company. Di sini, aku di letak kan di bahagian project & engineering.
Di department aku ni, semua engineer ,project manager dan GM semua lelaki,
hanya aku perempuan, sebab tu boleh dikatakan semua kerja diaorang yang buat,
aku di hired hanya untuk menjadi ala-ala project secretary. Kalau semua site
people turun office, aku kenalah prepare atau jotted down minutes meeting.
Kadang-kadang aku rasa macam makan gaji buta, bila dah takde kerja, aku di pinjamkan
oleh Gm aku ke bahagian Project 12 tingkat iaitu building baru office MIE.
Aku tolong mana
yang patut, ada kerja..sibuklah aku, takde kerja.. melanguk atau internet dan
blogwalking.hahahhaha Bosan dan sangat tak mencabar kerja aku kan…. Budak
lepasan SPm pun boleh buat dengan hanya menutup mata. Macam tu lah aku
sekarang, mengantuk gila…bosan tahap dewa jula juli bintang 7. Aku nak je cakap
dengan HR manager, aku free ni, takde keje, ada kerja bagilah aku buat sikit.
Aku tak boleh kalau otak aku berada dalam keadaan yang kosong, boleh jadi
bengap aku ni. Waktu aku sedang type ni, otak aku zero. Manusia macam kita-kita
semua, perlukan berfikir untuk generate positive hormone yang dapat buat brain
kita function well. Ceehh… macam baguskan ayat aku ni.. budget hebat je.
Ok ekk.. aku nak
stop jap.. nak pura-pura buat kerja. Korang yang ada kerja tu, bersyukurlah..
jangan seperti aku. Aku baru sedar, ni semua ujian yang maha esa allah swt,
menguji aku, dulu kerja keras selama 7 tahun, siang malam pagi petang..sekarang..
baru kerja selama 7 bulan disini.. most of the time aku sangat free… hahahah…
Semoga Allah dapat bantu aku…bantu aku dari pencapaian career, aku tak boleh
selamanya begini. Sighhh…..Aku bukannya menyesal dgn apa yang berlaku dalam hidup aku..ada manisnya..cuma..sebagai manusia..aku perlukan sesuatu yang lebih menjamin..kerana aku ada mulut yang perlu disuap...
Kepada korang semua yang berada di tahap kemuncak kerjaya ..aku ucapkan tahniah...aku feel happy for korang...nasib kita tak sama...allah sedang menduga aku....aku paserah....
Ok lah...babai...makin akin lama kat sini..makin lama aku mengarut nanti....





Aduhhhh ..part yg tade keje tuu mmg kena dengan situasi saya sekarang . Sekarang saya bekerja di sebuah kilang sebagai receptionist . Tapi ya allah takde kerja . haha . Telefon jarang bunyi . Visitor pun takde dtg . Ade pun mungkin setahun 5 org kot . Sunyi gila kilang ni !!! staff pun tak ramai . Dlm 10 org . Hahah . kilang ni pulak 2 tingkat . staff yg lain semua duk atas . saya seorang je duk bawah . Ya allah ... mengantuk tak payah cakap laaa . kerja dari 8 pg sampai 5 ptg . tapiii .. masa tu terasa lamaaa sangat bila takde kerja ni . sampai berair2 mata tahan ngantuk . sakit badan2 . sakit bontot . semua sakit . tapi gaji mmg okey . Saya bertahan pun sebab nak tolong mak ayh saya . ikutkan memamg dah lama saya nak angkat kaki dari situ . hahaha . tapi saya kuatkan mental dan fizikal saya . skg dah 7 bulan keje kat situ . makan gaji buta . tak tahu laa sampai bila saya boleh bertahan kat sini . Haihhh . Bosan bosan bosan ..
ReplyDeleteBestnya awak. Tukar dgn saya la hahaha. Kilang mana? On weekdays ke waktu kerja?
Delete