Assalamualaikum !
Monday aka back
to work women!!! Hari ni, semua orang dah masuk kerja macam biasa. Cuti-cuti
Malaysia is over women… sedap sikit guna bahasa inggeris ni, sebab kalau guna
bahasa melayu… pompuan..pompuan…hahahahah. Cuti panjang is over, now kerja lah
u all ok, sepanjang cuti ni kami tak kemana-mana pun, kebetulan adik bongsu aku
yang no seploh tu tunang, kami duk sibuk dengan acara majlis tunang dia. Aku
tak lah bz sangat dibandingkan dengan adik beradik aku yang lain, sebab aku duk
umah lain, depa duk umah mak, kenduri kendara mmg buat kat situ, so diaorang
lah yang sibuk buat kerja,kemas rumah dan layan sedara mara yang lain. Aku
hanya make sure segala yang dirancang berjalan lancar.
Despite all the
kelam kabut, dan nervous bagai…ye arrr.. aku dah lah yatim piatu, mak abah
takde, nak ensure majlis berjalan dengan sempurna agak mencabar, sebab first
time buat majlis yang besar ni tanpa mak abah, nasib baik ada adik beradik 9
orang tak termasuk empunya diri yang tunang tu. Kami yang besar-besar( okeh mmg
kami berbadan besar seiring dengan umur kami yang meningkat naik) saling
bantu-membantu untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar.
Alhamdulilah..semua berjalan lancar, sentap ,nangis, gaduh, cakap belakang itu
semua sudah sebati dgn kami 10 beradik, perang mulut dan sebagainya, semua itu
kami akan lupakan. Air kan..cincang mcm mana pun..tak akan putus.. dek kerana
kami bukan air, kadang2 akibat ego dan hati batu, putus gak. But so
far..everything ok. Kalau tak ok tu..lantak lah.. yang penting aku ok.
Adik aku yang
bongsu ni, dia punya citarasa yang agak tinggi berbanding kami kakak-kakak dia
yang dah kahwin ni, kalau dulu, kami guna baju pun sewa, dia nak tempah ikut
citarasa dia sendiri, nak ikut kaler feveret dia, nak ikut potongan dia
..(sebab dia pun dah gemuk hahahahah)..kalau boleh khemah pun kena ikut tema
baju dia, so happen khemah dia larik tema sikit, tu pun dan muncung, aku buat
dek je.. walaupun aku yang arrange khemah tu. Hehehehe. Ye lah.. bukan aku nak
spoil dia , Cuma waktu aku booked khemah, orang tu kata dia ada hijau
turquoise, so aku cepat2 confim, manalah aku boleh control pemahaman kaler
orang lain, kalau orang tu kata dia ada hijau turquoise, aku expect, dia tau
apa yang aku maksudkan dengan hijau turquoise, so by the time khemah dipasang,
aku agak terkujat sebab yang dia bawak adalah blue turquoise. Aku tengok muka
adik aku dah muncung…nak buat mcm mana.. ni semua kes orang salah faham.. nak hijau
di bagi blue.. mungkin dia ingat belakang ada turquoise pun jadik.
Habis cerita
pasal khemah, perkara yang paling aku risau adalah bab makan, sekali lagi aku
yang kena incharge bab makan ni, waktu
aku suh adik aku list guest name, dia kira tetamu hanya 60 over, siap sound
aku, cakap..cah..ko kurangkanlah jumlah pax untuk catering.. buat 60pax je. Aku
cakap tak payahlah.. ada lebih kita makan atau bagi adik beradik dan sedara
mara bawak balik. So happen angah aku yang volunteer nak jemput semua sedara
mara dekat kami, aku tak sangka dia jemput seluruh kampong teluk gadung, aku
ingat dia jemput sedara mara rapat je, rupanya..waktu dia dengan uda pi jemput,
SEMUA sedara mara mak aku dia jemput. Punyalah ramai…dah lah aku cater untuk
100 pax, takde back up makanan pulak tu..haru..haru..aku ingat tetamu lebih 150
pax termasuk pihak lelaki yang dalam 40 ke 50 orang….haru kan??? Hahahhah
Bila jadi mcm
ni, aku terus masuk dalam umah, menyorok aka duduk belakang pelamn adik aku,
aku dengar uda aku duk sebut – sebut nama aku, mencari aku lah tu, aku tau, dia
nak Tanya aku kenapa makanan tak cukup, aku buat dek..aku cakap mmg makanan dah
abis, kita habiskan apa yang ada. Biarlah abis dari membazir, ni pengajaran
ni….lepas ni kalau ada adik beradik aku yang lagi dua orang tu nak tunang atau
kahwin, aku ingat nak rewang je…dah serik dah aku nak cater ni.. upah je lah
pelayan..abis cerita. Heheheheh… dugaan ni semua aku amik sebagai pengajaran
yang amat berguna, sekarang baru aku rasa apa yang mak aku rasa dulu. Sedih
mode mula menguasai diri. Dah ..dah.. abis
dah aku bebel kat sini, kang kalau aku sedih kang..mcm mana….
Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
ReplyDeleteCasino in Cherokee, 용인 출장안마 NC. 안성 출장샵 View 나주 출장마사지 map. Harrah's Cherokee Casino 수원 출장마사지 and Hotel 영주 출장샵 (mapyro). Realtime driving directions to Harrah's Cherokee Casino & Hotel,